As salam w.b.t
Hello hello..rindu kt belog sebenarnya tapi apakan daya , line wifi selow ya amat.. Aduhhh..baru je langgan pakej wifi gold celcom,ambik dengan portable wifi yang boleh diusung ke sana ke mari tu. Entahla nak salahkan line tak patut jugak sebab sebelum ni okey je guna..cuma sejak 3 hari lepas kalau bukak laptop, mula la browser tu dok berpusing pusing..eh..mcm nak nyanyi lagu Didi & Friends pulak yeeee. Mungkin ke sebab kat tempat emy ni cuaca asyik nak Hujan je..mendung aje...tak pun sebab data limit memang dah abis..kwangg kwangg *gigitjari*
Pastu tadi nak beli barang di zalora. Nak pesan untuk kawan sambil2 tu TER -berkenan la kat satu barang ni. Pikirkan ada dapat promo code sempena birthday haritu..jadi nak guna la,sampai je nak place order, tak dapat. Kuar tab kecik menyatakan yang ada problem dengan promo code. Dah nape? Ishhh..bagi hadiah tapi dok main tarik tarik pulak kan. Sebab nak tahu, maka emy call la pihak zalora. Owh..rupanya kalau dah masukkan sekali code tu pastu tersalah, restart balik..pastu order lagi sekali maka tak valid la code ituu..kesahnya kan. Pastu operator yang melayan emy tu cakap akan send balik code tu kt email. Nasib baik tnye proses berapa hari, ingt boleh la tunggu sekejap sebab nk order jugak harini. Di jawabnya tunggu 1 - 2 hari bekerja.. Alosss nasib baik tanya.. Kang berjanggut tunggu kat sini.. Bukan apa, alang alang dapat mesti la nak guna kan.. Maka emy proceed untuk barang kawan saja la. Sebab barang emy tu dipilih sebab pikirkan ada promo code birthday tu. Jadi,tengok nanti kalau rajin nak order lagi lepas dapat promo code yang baru kannn.
Hari Jumaat yang mulia ni,bagi relax sikit budak2. Jadi emy keluar kan warna air. Seronok dorang. Yela..warna warni pastu jarang jarang jugak cikgu bagi pegang berus warna ni kann. Cikgu pun tak melepas kan peluang berterapi menggembirakan hati. Melukis jugak,tapi sesuka hati jekkk yang penting bila tanya anak-anak dorang tahu apa yang cikgu lukis. Kira okey la tu kannn, tak pula cakap pokok bunga tu pokok kelapa,ye dakkkk?
Terima kasih kerana sudi baca!!!💋