Quantcast
Channel: ♥~Dunia Emieysandra~♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 116

Percutian ke Bali Part 3

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Seterusnya percutian ke Bali part 3 ni adalah banyak melibatkan aktiviti air dan pantai. Yang pergi kali kedua ambik supir yang sama je dengan masa yang pergi bulan Mac, maka jadual aktiviti lebih kurang sama la.  Hari kedua, dibawa ke Tanjung Benoa.  Boleh pilih pakej untuk aktiviti air. 



Nak pilih aktiviti yang ni pun boleh. Ada berani??



Duduk bersidang dulu pilih aktiviti apa.
Last-last, dorang pilih aktiviti yang sama macam emy dan suami ambik masa datang bulan Mac. Scuba diving, Glass bottom boat dan ke Turtle Island. Satu pakej, lupa dah berapa harga untuk seorang. Emy dan encik suami dah pernah ambik scuba diving, jadi weols dan akak yang ada anak kecik tak pergi untuk diving. Harga untuk diving rp700 000. Agak murah berbanding di negara kita tambahan lagi, tidak memerlukan lesen untuk buat aktiviti ini. Dengan harga tu, agak berbaloi la untuk merasai pengalaman scuba diving, kalau rasa minat sangat-sangat boleh la nak aply lesen kann. Harga untuk aktiviti Glass Bottom boat dan ke Turtle Island adalah rp200 000 seorang.



Alhamdulillah, dah ada pengalaman diving..cukuplah sekadar pengalaman.
Dah biasa bernafas di permukaan atas bumi bebas bergerak ke sana sini tapi bila turun ke bawah laut, Agak terhad pergerakan..terlebih bergerak tinggi tekanan dalam telinga, kena ingat tak boleh bernafas guna hidung mesti guna mulut dan mulut mesti mencengkam kuat alat pernafasan. huhh! cukupla sekali pengalaman. tapi kalau ditakdirkan hati tergerak lagi untuk mencuba..
iols no problem! will never say no to a great experience!



muka-muka excited nak bergerak ke tempat diving.
cuba la turun ke bawah dulu..baru tahuuuu


Mereka sedang menuju ke tempat diving, mungkin dalam 10 minit sampai.
pastu masa menyelam ke bawah laut kalau tak silap sedalam 5 meter dan selama 20-30minit.  Ikut ketahanan jugak, kalau tak tahan boleh request untuk naik. eh, camne nak cakap? haha..okeyh, sebelum turun kita akan di briefing dan diajar bahasa isyarat seperti nak naik, okey, tak okey dan ada air dalam telinga.



Lepas geng-geng diving siap salin baju, terus gerak untuk glass bottom boat dan sehaluan ke Turtles Island. Macam dalam pic di atas la Glass Bottom Boat. tengok ikan-ikan di bawah bot yang ada kaca di bawahnya. Pic di atas masa bulan Mac.


ready to go!


dah cukup semua...Aktiviti glass bottom boat di satu kawasan ikan agak banyak, boleh bagi roti supaya ikan datang.  Lepas tu gerak ke Turtle Island,


Sampai je, bot kena berhenti jauh dari jeti sebab waktu petang jadi air dah surut.
Encik suami yang gagah perkasa membajet suweet nak dukung puan isteri.

 
Dah dah segan kat orang, baik jalan sendiri. Rupanya sakit kalau berjalan tu sebab nanti terpijak kulit-kulit kerang or so whatever la. Lain kali aktiviti air baik pakai selipar jepun aje laa, sebab emy pakai kasut flat..kalau tak bukak kasut mesti banyak air penuh dalam kasut lak.


hai awak awak kecomelan alam 
Teringat kat Ryan :(



Masa datang bulan Mac, Emy memang takkan lepaskan peluang, sebab fikir sekali je datang tak sangka pulak datang kali kedua. Yang emy pegang tu kelawar. Makin dibuai-buai kelawar tu makin ia besarkan kepaknya tu. Jangan risau, selagi kita tak mengganas dengannya, ia pun tak mengganas ng kita, kan batman :p


Kalau jumpa mr.snake pun excited nak pegang.  Dulu pernah terlepas peluang nak pegang ular albino, sampai sekarang dok teringat. 


     
 Burung apa ntah, kesian. kena gari. Duduk macam patung cendana je.



eh, burung kenyalang ke tuuu. Encik suami turun ke sarang turle ni, ada satu tempat berbumbung tu untuk BIG turtle a.k.a turtle yang dah tua.




Ni masa datang bulan Mac, bersama sepupu encik suami.



yeahh..family potrait bersama kawan-kawan encik suami.




ni kalau turun ke tasik. Banyak turtle yang dah tua, dan besar. 
Pastu airnya agak berbau la dan menate2 ni tak gigit kaki kita pun, mesti dah cukup makan kan. Masa jalan-jalan sekitar ni, ada guide yang akan bawa kita pusing-pusing. Seeloknya bagi la tips untuk dorang, dan ada tabung amal untuk tempat ni jugak. Kira untuk beli makanan dan penjagaan tempat ni la. 


dah penat pusing-pusing boleh singgah gerai minum air kelapa atau mee pop (mee segera). Tapi, emy nak  nasihatkan kalau boleh tahan lapar tu, takyah la makan sana. mahaiiiii. Mee segera je pun.



Ni pintu depannya.  Bubyee..nak balik dah..



Seterusnya, destinasi kami ke Pantai Pendawa!
Nak masuk ke kawasan Pantai Pendawa bayar rp10 000 seorang.

family potrait dulu! cari lengan toklaki..jangan salah lengan sudaaa..
Abang baju putih belah kanan tu tu adalah supir weols, abang Rian namanya.  Muka nak sama ngan Zamani Slam, ka chingg! naik saham untuk pilih dia sebagai supir lagi. Uols pun okayhh!


sesi romantika! ahaa..laki bini yang pakai set maroon tu jarang-jarang jumpa, jadi mesti la nak bermanja lebihh :P


Masa datang bulan Mac. Pantai Pendawa ni antara salah satu pantai yang cantik di Bali.
Tempat emy dan suami bergambar tu atas bukit, kalau nak ke pantai kena turun, ada laluan.  Port bergambar femes kat situ, sebab nampak pemandangan pantai kebiruan dari atas.


Next destinastion, adalah Pantai Dreamland!

I is falling in love sangat dengan pantai ni.
Kalau nak masuk harga lebih kurang je dengan Pantai Pendawa kot,lupa dah.
Tapi, kena park kereta jauh sket pastu naik mini bas dalam tiga minit camtu baru sampai ke Pantai Dreamland. Sini ombak besar dan ada beberapa orang bawa papan luncur. Haihh..dah feeling Hawaii ni.  Sayangnya, gambar tak ambik sangat masa tu. 



Tak sempat snap masa ombak besar.
Sibuk fefeeling ombak rindu la sangattt.


Serius, waktu ni iols punye happy tahap maksimum. Encik suami pun tak dapat kawal dah. Iols dok main ombak, dancing dancing kat situ. Tak tahu nak cakap camne rasa happy dan taksub tu kalau dah sampai boleh layan perasaan cenggitu tanpa peduli orang tengok ke ape. Tapi memang tak la, semua orang buat hal masing-masing.  Pantai ni indah sangat, sebab tu dinamakan Dreamland kot. 




Next...ke Uluwatu!
Nak masuk kena bayar rp30 000 di pintu masuk.


with the gangg

Lepas bayar tiket, kena ikat kain kuning kat pinggang.
tapiiiii...pada yang pakai kain atau seluar yang tak cukup melepasi bawah lutut kena pakai kain purple pulak macam sepupu ni pakai, seluar yang dia pakai betol-betol atas lutut. Cer balik KL pakai cenggitu masa jalan weyhh. muahaahaa


nampak tak macam garisan belakang tu, sebenarnya ia adalah laluan pejalan kaki dan ramai berjalan ke sana.  Jauh. Masa nampak je terus terpikir macam Tembok Besar China. Macam weols je tak pergi sebab sayang lemaks arr jauh kowttt


 jiwang jap

Bergambar dengan pak supir, Abang Rian.
Dua kali ambik servis dengannya, memang takde rungutan ;)



Subhanallah. Kat sini boleh layan perasaan menikmati dan mensyukuri keindahan alam ciptaanMU.



Semua orang buat hal masing-masing, makanya sendirian selfie la jawabnyaa donggg!



Waktu ni dah nak pukul 6.00petang dan tarian kecak akan diadakan.
Ramai-ramai ni dok tunggu nak tengok tarian kecak.
Tapi weols decide malas nak tunggu.
Kalau nak tengok kecak dance rp100 000 untuk seorang.
Rasanya tak perlu la. Badan dah penat, semua letih. Balik je.

Sekian dulu episod percutian romantika kali ini ;)


Terima kasih kerana sudi baca!

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Entri berkaitan<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

                                               Checklist Persediaan ke Bali
                                               Bali Mac 2015
                                               Percutian ke Bali Part 1
                                               Percutian ke Bali Part 2
                                               Percutian ke Bali Part 3
                                               Percutian ke Bali Part 4 - ending~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 116

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.