Bismillahirrahmanirrahim...As salam...
Sebagai wanita, kita ni agak sensitif cepat risau dengan sebarang perubahan diri dek kerana berlambak sangat penyakit-penyakit berbahaya sekarang ni. Terutamanya yang melibatkan aset kewanitaan seperti payudara dan juga rahim kannn. Emy pun tak terkecuali untuk cepat panik dan risau bila ada tanda-tanda yang menghampiri kepada penyakit berbahaya. Tambahan, emy dah dua kali keguguran. Tertanya juga la, ada masalah lain ke dalam diri ni. Nauzubillah.minta dijauhkan dan emy hanya pikir ia hanya sebahagian dari ujian hidup dan bukan masa yang tepat lagi untuk emy dan suami menimang zuriat sendiri.
Baiklah, ceritanya macam ni emy ada ketulan di bawah ketiak. Mula sedar hal ni sejak keguguran kali pertama pada Januari 2013. Selepas seminggu keguguran terus ke klinik kesihatan di Perlis waktu tu. Sebelum pergi, dah google dan keluar macam2 yang menakutkan..grrrrr dan terus bandingkan simptom2 yang ada pada diri. Ya Allah..time tu memang dilema wanita sangat, sedih dan fikir bukan-bukan dah. Okey, bila chek dengan doktor di klinik dia cakap "owh..ini hanya disebabkan kesan keguguran, yang sepatutnya payudara menghasilkan susu tapi tak jadi bila keguguran dan ia membengkak" lebih kurang macam tu la doktor tu cakap. Dah diri memang zero bab ni..telan bulat bulat la apa yang doktor tu cakap, padahal kalau ikutkan waktu tu emy mungkin baru pregnant 6 minggu, dah hasilkan susu ke? tak tahu, jadi diam je la. Balik rumah dan stop pikir.
Ketulan di bahagian payudara dan ketiak merupakan simptom kanser tetap menjadi igauan. Maka, dah posting di Limbang datang check dengan doktor di hospital Limbang. Dia check dan cakap takde pape sebab emy tak sakit bila ketulan tu disentuh dan ketulan tu boleh digerakkan. Tanpa scan. Balik rumah dan stop pikir.
Dari 2013 hingga Disember 2015 dah dua tahun ketulan ni ada dan saiz pembesarannya tak la ketara tapi ada rasa besar sikit dari saiz awal2 dulu, Masa awal mengandung untuk buka buku pink, nurse akan check semua bahagian badan. Jadi, emy bagitau juga pasal ketulan tu. Okey, nurse tulis dalam report dan masa tu di klinik Kuala Krai. Doktor yang check pula cakap dia akan set up appointment ke pakar hospital besar. Okey, tunggu.
Selepas berpantang pula, macam-macam sangat perubahan badan ni. Mungkin hormon tengah adjust balik, pastu rasa berdenyut pula di payudara. Sekali lagi hati tak tenteram. Kebetulan suami ada dekat, terus ajak nak pergi klinik swasta. Minggu lepas, badan jugak rasa cepat penat dan lenguh, pergi mengurut dulu dengan Kak Jun. Dah biasa mengurut dengan dia, best sebab dia ni nurse di hospital limbang jadi kalau nak tanya pape pasal kesihatan boleh la tanye dia. Kira sekali caj dengan urut la kan, best gak sambil mengurut bersembang pape yang kita nak tahu ni. Okey, tanya pasal ketulan ni. Dia mencadangkan supaya terus pergi check dan dia cerita la pasal kanser, bukan nak menakutkan malah emy okey je sebab memang semangat nak tahu jugak kan. Dia pun cite yang ada sorang patient disahkan mengandung 2bulan pastu dia perasan ada bengkak di belakang leher. Bila check ke doktor rupanya dia ada penyakit leukemia. Cerita kak Jun lagi rupanya kalau kita mengandung ni badan kita sangat lemah untuk melawan penyakit jadi kanser tu merebak dengan lebih cepat bila dia mengandung. Dia terpaksa gugurkan kandungan untuk rawat penyakitnya dulu. Namun, penyakitnya dikesan lambat jadi dia tiada harapan untuk pulih. Ya, kanser ni bila tahap yang kritikal baru la menunjukkan simptom yang ketara. Waktu tu pun dah terlambat. Nauzubillah, semoga kita semua dihindari oleh penyakit yang berbahaya.
Okey, sambung balik. Lepas mengurut sebab takut sangat dengan cerita Kak Jun tu..huwaaa...lagipun emy nak pregnant lagi lepas ni. Terus suruh encik suami drive ke klinik swasta. Tunggu sekejap dah dipanggil masuk. Bagitau doktor, doktor tanya dulu pastu suruh baring atas katil untuk scan. Yup, thats what i want, barulah kukuh hasilnya nanti. Sebelum datang pun, emy tahu klinik ni memang ada scan yang berwarna (sori, xtau pe nama scanner tu, kiranya scanner yang canggih la jugak). Okeyh, masa scan doktor bagitau ada dua ketulan sebenarnya tapi rapat-rapat yang buat emy rasa satu ketulan je. Pastu, doktor cakap ada salur darah dalam ketulan tu. Dan ada kuman dalam ketulan itu. Doktor senyum bagitau "okeyh, bila ada kuman saya dah tak risau sebab ketulan ni bukan yang jahat". Alhamdulillah. emy lega sangat.
Pastu duduk di kerusi, doktor bukak buku besar yang sebijik macam buku biologi. Walaweii..dah macam rasa dalam kelas bio pulak. Tapi bagusnya doktor ni, dia memang akan terangkan sampai puas hati. Dah dua kali datang sini, pertama masa ada problem di awal kehamilan. Dia memang terangkan sampai clear betol-betol. Untuk kali ni pun camtu. Rupanya, ketulan di bawah ketiak yang emy ada tu dikenali sebagai "biji bawai" ini kali pertama emy dengar nama ni. Cuba google pun takde, silap betol tak tanya nama saintifik..haha, baru jadi pelajar bio dengan doktor ni ;P Dalam buku besar doktor tu ada. Doktor tunjuk satu persatu. Biji bawai ni semua orang ada, cuma yang emy ni jadi membesar dan membengkak tu yang nampak besar. Puncanya disebabkan mencukur/mencabut bulu ketiak. Emy pun mengakui hal tu, sempat pulak tanya 'kenapa bawah ketiak kanan je ada biji bawai ni??' doktor angkat bahu. Ini Rahsia Allah. Sebab ada kuman, maka ianya bukan la kanser atau ketumbuhan yang berbahaya. Doktor bagi ubat antibiotik untuk matikan kuman tersebut, kena makan sampai habis dan ubat sapu. Alhamdulillah, dah nak habis emy makan ubat tu, dan saiz ketulan makin mengecil.
Alhamdulillah, hilang beban dok pikir pasal benda ni. Emy kongsi perkara ni supaya boleh jadi rujukan untuk orang yang mengalami hal yang sama macam emy ni. Tapi kena jumpa doktor jugak la, cerita semuanya pada doktor. Kalau tak paham, tanya doktor sampai paham. Jangan banyak pikir jadi bertambah penyakit lain pulak khenggg.

Nak pakai shawl cantik. Muka berseri bebas jerawat dan jeragat. FOLLOW SINI