As salam w.b.t
Hari kedua merasa banjir di sekolah. Walllah..entah apa perasaan ni. gembira..risau..semua ada. Tapi percaya apa percaturan Allah s.w.t In sha Allah semua akan okey. Rasa penat. Bila dah diberi cuti, rehat je dulu..tunggu air surut baru mula kemas balik.
Barang-barang di prasekolah pun dah diangkat ke tempat lebih tinggi. Alhamdulillah ada orang kampung datang menolong. Ramai anak-anak muda datang jadi cepat la siap. Almari semua diletakkan ke tempat lebih tinggi sebagai persediaan sekiraya air naik lagi. Percaya tak Emy lebih risaukan prasekolah dari kuarters rumah emy tu. Lantai kedua-duanya lebih kurang sama tinggi la. Naik kat rumah, naik la jugak prasekolah. Tapi lebih risaukan prasekolah. Sama juga kerisauannya, risau kat tikar getah, almari, barang, alatan di prasekolah. Di rumah pun ada mesin basuh, peti ais, almari. Entahlaa..kan dok pikir bertambah-tambah risau.
Ini pengalaman pertama merasa banjir. Di Kelantan tahun lepas tak kena rumah emy, tak de naik bot bagai ni. Haa..kali ni seronok pulak pusing-pusing kampung naik bot, orang kampung bawak..saja menceriakan hati. Pastu kirim ke group whatsapp family, hilangla kerisauan di hati mereka tu..
tembum!
seronok naik bot.
rindu nak g pulau.
rindu kenangan Pangkor wif le hubby :(
'kanda, bila nak g pulau lagiiik?' :p
semua cikgu-cikgu pakat nak naik bot pergi hantar Guru Besar ke kampungnya.
sayang GB le katakan
sambil nak main air! :P
kelas prasekolahku selepas orang kampung tolong bawa barang dan dokumen penting ke tempat tinggi. hmmm..nak kena plan deco deco baru nii. Cikgu...cepat belajar interior design laks..basic pun jadi la...ehh =_=
okeyla..
penat bermain air
penat makan banyak tidor banyak
penat berpindah
penat risau.
prasekolah pagi tadii. Dah nak tenggelam taman permainan.
#selamat malam!