Bismillahirrahmanirrahim...As salam...
Semalam adalah mimpi ngeri. Rasa down sangat. Di saat kebanyakkan rakan satu batch satu maktab dulu dapat pindah. Nama Emy adalah nama yang tidak tersenarai sama. Ya Allah..sakitnya. Dari pemerhatian, kebanyakkan opsyen prasekolah susah nak keluar dari Sabah dan Sarawak. Alasannya,negeri Sabah dan Sarawak kekurangan guru prasekolah. Yang ada dapat pun minoriti yang betul betul pedalaman dan kes khas seperti mengandung dan ada anak kecil.
Menangis sampai tak lena tidor semalaman. Sangat-sangat down. Pergi sekolah pun nasib baik PPM memahami dan ada masa ustaz masuk, jadi banyak masa Emy berehat di katil sakit. Ya..sakit sangat =_=
Tapi alhamdulillah, teman-teman di sekeliling ada yang memberi kata-kata semangat sebagai motivasi. Mengingatkan bahawa Allah jua sebaik-baik perancang. Dia Maha Mengetahui dan merencanakan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Emy perlu bangkit, anak-anak murid yang dahagakan ilmu tu tak bersalah. Emy perlu semangat balik untuk tengok anak-anak berjaya.
Sebenarnya banyak kelebihan yang patut Emy syukuri apabila berkhidmat di sini.
1. Sekolah.
Sekolah emy sekarang kecik je ada 72 orang murid tahun ni. Kerja tak banyak, Guru Besar bukanlah jenis suka mengarah dan mengharapkan lebih dari staf. Pendek kata, Guru Besar adalah seorang yang memahami. Memang tak pernah marah staf, senyum aje.
2. Kuarters.
Kuarters yang emy duduk ni best sangat. Lengkap perabot, semua dalam keadaan baik. Memang di kampung dan jalanraya yang jarang kenderaan lalu, tapi emy tak takut pun dok sorang sebab sentiasa ada guard yang bekerja. Tak dapat line streamyx tapi tak bosan sebab ada astro. Tak payah bangun awal pagi. Pukul7 baru turun pergi kerja, 7.03minit dah sampai prasekolah.
3. Gaji.
Sembang part ni memang best. Alhamdulillah, dapat bagi banyak kat ma dan abah. Dapat belanja keperluan adik-adik. Ada lebih lagi boleh shopping online beli dress or benda-benda lain.
4. Orang Sekeliling.
Kalau kita duduk tempat orang, tak ngam dengan orang sekeliling memang stress kan. Alhamdulillah, emy tinggal di perkampungan Islam. Sambutan-sambutan yang biasa emy sambut di semenanjung pun ada di sini sperti sambutan Maulidur Rasul, Ikhya Ramadhan, Khatam Alquran. Majlis keagamaan juga. Syukur sangat, saling menjaga. Orang kampung/ibubapa murid sangat baik setakat ni la. Rakan-rakan guru pun sangat baik.
5. Dapat kenal tempat dan budaya orang.
Haa...inilah yang dikatakan jauh berjalan luas pemandangan. Dapat kutip banyak pengalaman hidup. Dapat jalan-jalan. Tengok budaya orang kan.
Ini sajalah cara untuk pulihkan semangat yang hilang. Fikir Positif. Lemparkan kesedihan dan bergembira menikmati hidup. Sebenarnya banyak hal perlu disyukuri daripada mengeluh benda yang tak dapat kan. Takpela Emy cuba, penat dah menangis. Kemahuan untuk dekat dengan suami tu tinggi sangat. Moga ada sinar harapan untuk bersatu dengan suami dan bina sebuah keluarga macam orang lain.

![]() |
never stop chasing your dream. |