Quantcast
Channel: ♥~Dunia Emieysandra~♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 116

Urutan Tradisional.

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim..As salam..


Psttttt!

sebelum ni mana ambik port pasal urut mengurut ni. Tapi sejak dua menjak kerja ni, selalu je lenguh-lenguh badan..mula lemau, time tu sume keja tak jalan da..asyik nak krohhh kroh aje.

Haa..nasib baik la tempat emy duduk ni ada seorang makcik yang terer bab mengurut plus buang angin.  Makcik tu Melayu Islam dan bertudung.  Dia belajar mengurut bawah HPA. Memang tak perlu diragui la kemahirannya. 

Semalam kan cuti, jadi emy ke bandar jap dengan housemate semata-mata nak mengurut. hee :D  Dah lama emy tak pergi mengurut dengan makcik ni..last bulan mac rasanya. Dua tiga minggu lepas emy dok rasa sakit kepala..lemau semacam.  Emy tahu kenapa.sebab emy banyak beremosi sejak encik suami ke Lubnan. Sampai sana encik suami sibuk, jarang dapat col emy..apalagi naluri wanita bergelar isteri ni up terus jadi macam budak 5 lima tahun yang nak patung barbie tapi tak dibelikan makayahnya.  Asal encik suami col mesti nangis..encik suami call 10minit..7minit tu mesti abis masa dok dengar emy nangis jer. Apelagi encik suami mampu cakap 'dah la tu yang, taklama lagi abang balik' pastu sempat lagi dalam hati emy bermonolog, 'tipu! bulan 3 abg balik..tu lambat lagi,iskkkk'sebab angin manja terlebih kot. pastu asyik nak demam je. Ketahanan badan jadi menurun. Haihhh..you must strong girl! keep strong coz Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Doakan emy kuat yer ;)



eh..jauh pulak menyimpang.hehe. Jadi lepas mengurut lebih kurang 1jam semalam. Dah rasa okey sikit. Yang best masa mengurut makcik ni suka kongsi tips.  Antara yang emy dapat semalam 

1)Jangan mandi lebih dari pukul10malam nanti angin suka tinggal dalam badan.
2) Kalau badan rasa banyak angin dan tak sihat boleh kisar halia kemudian ambik 1sudu halia + 1sudu madu campur dengan air pastu minum :) 

Semalam jugak sempat usha-usha pasal servis yang makcik ni buat. Rupenya die buat semua pakej urutan termasuklah urutan selepas beranak, mengandam bakal pengantin supaya tambah seri, bekam dan juga sauna.  Next time emy pergi nak buat sauna la.


Bila sibuk dengan kerja, pikir macam mana nak tingkatkan pencapaian murid..sekali sekala best jugak dapat memanjakan diri dan refresh kan. Sekarang dah mula sibuk dengan persiapan pelbagai program untuk hujung tahun ni..hurmmm..gambate neh cikgu Amirah! ;)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 116