Quantcast
Channel: ♥~Dunia Emieysandra~♥
Viewing all articles
Browse latest Browse all 116

Kampung Budaya Sarawak

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...As salam...



Minggu lepas, lepas hantar encik suami..duduk di kampung sekejap saya fly ke Kuching, Sarawak.  Alhamdulillah, nasib baik encik suami sangat memahami tentang hobi saya yang memang suka berjalan a.k.a melancong ni asalkan pandai jaga diri dan maruah suami.  Walaupun percutian yang singkat, hanya satu hari saja je berada di Kuching, ia memang puashati ;)


tiba di Taman Rekreasi Ranchan ;)


cantik tempat ni, boleh mandi-manda, tapi niat kami hanyalah nak berphotoshooot...gitewww~


Candid yang berjaya disambar oleh miss Photographer, Dahlia.

Seterusnya, kami gerak ke Cultural Village Sarawak, atau dengan nama femesnya Kampung Budaya. 
Terletak 45minit dari bandar Kuching yang dibuka pada 
setiap hari jam 9.00pagi - 5.00petang
Masuk dikenakan bayaran RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak
Rezeki cikgu mengajar di Sarawak, kami perlu bayar RM25 sahaja..excited kan!! tunjukkan aje bukti kita berkhidmat di Sarawak, kad guru atau passport DPT ;)

Salah satu tarikan di Kampung Budaya adalah persembahan kebudayaan daripada penari profesional. Waktu persembahan adalah pada 11.30pagi dan 6.00petang. 

Lepas menyaksikan persembahan, boleh la bergerak untuk melawat rumah-rumah yang ada di Kampung Budaya ni.  Boleh melawat ke rumah kaum Iban, Melanau, Penan dan saksikan sendiri cara hidup mereka.  Ini baru keluar dari Baruk House iaitu tempat simpan kepala..dulu-dulu la..jgn risau, xde display punn :P

buaian di dalam rumah Kaum Iban


sayang..
apa khabar denganmu..
di sini ku merindukan kamu..
#lovelovelove


 bergambar dengan salah seorang pelancong dari Negeri Sembilan. 


 ehhhemmm! 
jadi tak emy dok posing ni..hikhik

Baju ni boleh disewa dengan harga RM10 tanpa had masa dan boleh bergambar di sekitar rumah ni ^_^

 turun tangga ni kena hati-hati.

depan rumah Orang Ulu


 Ini rumah kaum Melanau, tinggi..ada 3tingkat.


 di rumah Kaum Melayu.


di rumah kaum Cina ada pengisar tradisional ni..moh le cube


Sekian saja kisah percutian saya, siapa yang suka nak tengok kebudayaan yang ada di Sarawak ni boleh la datang. Tak rugi pun kita tengok cara hidup kaum-kaum lain. barulah Cuti-cuti Malaysia kann.

Tata..
As salam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 116